Hanya sempat rebus mi
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
am@hmetro.com.my
2010/06/05
am@hmetro.com.my
2010/06/05
TUMPAT: “Kebiasaannya dua anak perempuan berusia dua dan empat
tahun ditinggalkan di rumah datuk mereka berhampiran kedai.
“Entah mengapa, tergerak hati saya untuk membawa mereka dan isteri
untuk ke pasar tani di Pengkalan Kubor sebelum kedai kami musnah
dalam kebakaran,” kata mangsa, Ismail Seman, 40, selepas kedai kopi
miliknya hangus dalam kebakaran di Kampung Pauh Satoh, di sini, pagi
semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu, mangsa sempat merebus
mi di kedainya itu sebelum keluar bersama isteri, Murni Jusoh, 35,
dan dua anak ke pasar tani terbabit.
Ismail berkata, memang menjadi rutinnya untuk memasak mi terlebih
dulu sebelum memulakan perniagaan.
“Kami keluar kira-kira jam 9 pagi untuk ke pasar tani mencari barang
keperluan berniaga sebelum membuka kedai sejam berikutnya.
“Tidak lama kami di pasar, saya mendapat panggilan daripada seorang
rakan memberitahu kedai sudah terbakar,” katanya.
Ismail berkata, dia terus bergegas ke tempat kejadian dan mendapati
kedai mereka hampir musnah sepenuhnya.
Katanya, dia terkilan apabila semua barang perniagaan termasuk peti
sejuk dan televisyen musnah dalam kebakaran itu.
“Banyak barang saya musnah termasuk kegunaan berniaga serta
barangan elektrik. Namun saya bersyukur, tidak ada yang cedera
kerana kami semua tiada di kedai,” katanya.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan
Kubor, Abdul Manaf Jaafar, berkata pihaknya menerima panggilan jam
9.40 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, seramai tujuh anggota dan dua jentera digunakan untuk
memadam kebakaran terbabit.
No comments:
Post a Comment