Tuesday, April 30, 2013

Hikayat Samurai Bodoh Tetapi Berjaya

Wan Zack (belakang, kiri) bersama rakan sepasukannya ketika mengalahkan Sagawa Printing 2-1, di  Stadium Olahraga Umum Okinawa

            
Sebahagian penyokong FC Ryukyu membawa anak sambil memegang Jalur Gemilang

Nazirul Naim bersama Rintaro Efrain (import dari Brazil) ketika sesi latihan

 
Wan Zack dan Nazirul Naim ketika menyertai latihan pasukan

Bodoh tetapi perlu ditiru

Orang Jepun itu sebenarnya BODOH? Mungkin orang lain mempunyai jawapan masing-masing terhadap persoalan itu terutamanya selepas melihat dengan keadaan 'fizikal dan ilmiah' negara matahari terbit itu di mata dunia buat masa sekarang.
   Tetapi, bagi penulis Jepun tetap BODOH daripada segi bahasa namun WAJAR dicontohi kerana lebih mengangungkan bahasa sendiri berbanding 'orang kita' sehinggakan pegawai kerajaan tertinggi mereka tidak mampu untuk bertutur dalam bahasa asing terutamanya Inggeris.
   Bodoh tetap bodoh, bagaimanapun ada yang terselindung yang mungkin masih menjadi persoalan mengenai bangsa Jepun. Bodoh tetapi mereka MAJU dan kehadapan dalam pelbagai sudut hal.
   Bagi penulis hanya dua KUNCI yang ada pada orang Jepun yang membolehkan mereka mengepalai dunia iaitu DISIPLIN dan RASA HORMAT.
   Daripada pemerhatian penulis ketika berkesempatan ke negara itu selama seminggu pada 12-17 April lalu, penulis terpaksa akui yang kejayaan rakyat Jepun hadir menerusi tahap disiplin dan rasa hormat yang menebal dalam setiap individu di negara bekas penjajah Tanah Melayu itu.
    Setiap orang yang ditemui pasti akan didahului dengan reaksi spontan 'tunduk hormat' tanpa mengira pangkat atai kedududukan seseorang itu. Daripada aspek disiplin juga begitu, apabila mereka langsung tidak pernah mungkir atau mengambil ringan terhadap sesuatu hal yang membabitkan tahap disiplin mereka.
   Jika mahu dibuat perbandingan ia amat ketara sekiranya mahu dibandingkan dengan apa yang kita selalu lihat di Malaysia. Bukan mahu memburukan negara sendiri tetapi itulah kenyataannya.
   Contohnya mudah, tahap disiplin orang Jepun boleh dilihat di sekitar jalan yang terdapat di negara itu apabila langsung tidak ada sampah atau cebisan yang berteraburan malah bagi mereka yang bergelar perokok, mereka sanggup bersesak untuk 'melepaskan gian' di tempat khas yag dilengkapi dengan tempat habuk rokok.
   Tidak kelihat seorang pun warga tempatan yang dilihat merokok sambil berjalan di laluan pejalan kaki dan hanya merokok di tempat khas yang disediakan.
  Selain itu, di jalan raya juga, penulis juga tidak kedengaran satu pun bunyi hon kenderaan seperti yang selalu kita disajikan di Malaysia sehinggakan pemandu mereka sanggup memberhentikan kenderaan masing-masing untuk memberi peluang kepada pejalan kaki melintas jalan tanpa ada menunjukkan rasa tidak puas hati atau marah dan akan meneruskan perjalanan sejurus jalan kembali bebas daripada kehadiran orang awam.
   Mungkin itu sudah cukup untuk menggambarkan sikap dan identiti rakyat Jepun. Daripada itu, tidak ada apa yang boleh menafikan kejayaan Jepun di pentas dunia. Daripada perkara sekecil dan seremeh itu mereka mampu mendisiplinkan diri, apatah lagi sekiranya hal berkenaan berkaitan dengan masa depan dan kejayaan.
    Daripada yang yang dilihat di sana, penulis beranggapan untuk berjaya bukan sesuatu yang salah sekiranya kita tidak mengagungkan bangsa asing. Bukan bermakna tidak perlu mempelajari bangsa atau bahasa asing dan penulis sendiri akui yang Bahasa Inggeris itu satu bahasa peantara yang cukup penting dalam kehidupan masa kini.
   Tetapi asasnya untuk berjaya dalam kehidupan adalah ada pada setiap individu itu sendiri. orang lain tidak boleh ubah diri kita sebaliknya kita sendiri yang perlu tahu bagaimana cara untuk ubah diri sendiri.
   Bunyinya mungkin, tetapi itulah kenyataan yang harus kita terima. Baru penulis tahu kenapa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah melaungkan pendirian Pandang ke Timur (Timur merujuk kepada Jepun). 
   Jadi untuk jadi orang yang berjaya, yang paling penting yang perlu sentiasa dipegang adalah dua KUNCI -disiplin dan rasa hormat- kerana ia sudah dibuktikan berjaya oleh Jepun.


 
Penulis bergambar kenangan di Shurijo Castle Park
Penulis bergambar kenangan di Nagagusuku Castle

Penulis bergambar kenangan di Manza Mo

Bersama rakan media bergambar kenangan di Shurijo Castle Park

Bersama rakan media bergambar kenangan dengan maskot rasmi FC Ryukyu di Stadium Olahraga Umum Okinawa

Penulis bergambar di hadapan Stadium Olahraga Umum Okinawa

Bersama rakan media bergambar bersama Wan Zack dan Nazirul Naim di Shurijo Castle Park

Bersama rakan media bergambar di hadapan Stadium Olahraga Umum Okinawa

Bersama Wan Zack, Nazirul Naim dan Naib Presiden Eksekutif FC Ryukyu, Sotaro Shinoda (kanan sekali) di Shurijo Castle Park

Manfaat peluang bersama dua pemain negara di Jepun

Sebenarnya, pemergian penulis ke Jepun adalah untuk memenuhi tugasan sebagai seorang wartawan meja sukan Berita Harian untuk membuat liputan berkaitan dua pemain muda negara -Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim Che Hashim- yang kini mewakili kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu.
   Walaupun hanya berstatus kelas ketiga, tetapi tidak hairan kenapa Jepun turut maju dalam sukan bola sepak kerana segala kemudahan yang disediakan kelab itu sudah atau melebihi dengan apa yang mungkin disediakan oleh sesetengah kelab di negara ini.
   Tidak sekadar melihat tahap dan cara pengurusan kelab FC Ryukyu, peluang seminggu berada di Jepun digunakan sebaik mungkin untuk melawat beberapa tempat menarik yang terdapat di sana khususnya di Okinawa (pengkalan FC Ryukyu).
   Malah kehadiran kumpulan media Malaysia ke sana juga sekurang-kurangnya dapat melepaskan rindu Wan Zack dan Nazirul Naim terhadap keluarga khususnya kehidupan di Malaysia.
   Walaupun sedikit sukar untuk melalui kehidupan di negara asing terutamanya membabitkan pemilihan makanan halal dan keadaan cuaca sejuk melampau+hujan+berangin (Grrr...Grrr...Grrr, Sojukk weii), peluang ini sekurang-kurangnya dapat mengajar kepada penulis cara sebenar yang perlu dipraktikan untuk menjadi seorang yang berjaya. SEKIAN....!!!!

**Walaupun Jepun jauh maju tapi ntah mengapa mereka terlalu bangga apabila dapat mengenali orang Malaysia...Proud to be Malaysian!!!!!!!!!!Malaysia Boleh

Penulis bergambar kenangan di Manza Mo

Penulis bergambar kenangan di Manza Mo

Bersama rakan media dan Naib Presiden Eksekutif FC Ryukyu, Sotaro Shinoda (kiri sekali) bergambar kenangan di Kouri Island

Penulis bergambar kenangan di Manza Mo

Pemandu pelancong@bapak angkat ketika berada di Okinawa, Jepun, Mr Shoji

Bersama Wan Zack bergambar kenangan di  Kouri Island


Bergambar kenangan bersama Wan Zack sejurus tamat perlawanan menentang Sagawa Printing yang berkesudahanan FC Ryukyu menang 2-1 di Stadium Olahraga Umum Okinawa

Gelagat penyokong FC Ryukyu ketika perlawanan menentang Sagawa Printing di Stadium Olahraga Umum Okinawa

Gelagat penyokong FC Ryukyu ketika perlawanan menentang Sagawa Printing di Stadium Olahraga Umum Okinawa