Sunday, May 5, 2013

Renungan Bersama

Assalamualaikum...:)

Pertama sekali saya mahu memohon maaf dengan apa yang ingin dilakarkan dalam blog dan tidak bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak kerana ini hanya satu pandangan peribadi saja.

Alhamdulillah, rakyat Malaysia sudah pun membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum ke-13 tetapi bukan soal siapa menang atau siapa kalah.
   Undi sudah pun dibuang, keputusan pun sudah ada namun apa yang boleh kita rumuskan daripada suara rakyat yang sudah dilontarkan pada PRU 13 kali ini?
  Disini, saya tidak menyokong mana-mana parti kerana UNDI ITU ADALAH RAHSIA!! Satunya adalah bagaimana pilihan yang dibuat oleh rakyat dan soal kedua adalah apa isi sebenar yang ada dalam setiap janji atau manisfesto dilontarkan oleh setiap calon.
 

UMNO sudah berjaya

Tidak boleh dinafikan sumbangan UMNO kepada orang Melayu. Banyak bantuan sudah dihulurkan kepada orang Melayu. Jangan lupa apa yang pernah diberikan kerajaan persekutuan kepada rakyat kerana walau sedikit sekali pun, bantuan pernah diberikan. Pokoknya, bantuan sudah diberikan dan untuk terus 'melabur' bantuan itu adalah bergantung kepada kita sendiri dan bukannya terus mengharapkan kepada bantuan kerajaan. Kerajaan sudah bantu, apa salah kita juga bantu kerajaan kan?

Hilang kepercayaan Melayu

Kenapa UMNO dilihat semakin hilang kepercayaan di kawasan majoriti selain Melayu khususnya Cina? Pendapat peribadi ianya lebih menjurus kepada cara pemikiran kaum Cina yang lebih mempercayai satu sama lain. Kenapa kita tidak tiru dan ambil ia sebagai kekuatan yang harus ada dalam jati diri kita kerana kebanyakan kita lebih hebat berkata-kata dan mencari salah orang lain. Tidak terkejut sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri mengakui situasi ini dengan menyifatkan ia satu "Tsunami" selepas menyaksikan kurangnya kepercayaan kaum Cina. Yes. Itulah hakikatnya kerana perbalahan antara kita-kita pantas digunakan Cina untuk terus mengembangkan kehidupan mereka. Mahu salahkan kaum Cina? Sudah pasti tidak boleh memandangkan mereka juga rakyat Malaysia seperti kita yang mempunyai hak untuk bersuara sebaliknya kaum Melayu itu sendiri yang perlu bangkit untuk mempertahankan hak istimewa yang ada pada kita dan bukannya menunjukkan kebdohan sendiri. Daripada sini, tidak ada gunanya kita saling tuduh menuduh dalam soal mempertahankan Hak Keitimewaan Kaum Melayu. Sebabnya tidak ada guna kita bertengkar sesama sendiri untuk perkara itu. Adalah lebih baik sekiranya kita bergabung tanpa mengira fahaman politik untuk mempertahankan hak kita itu. Seharusnya kesedaran yang timbul terhadap kebangkitan kaum Cina itu menjadi pengajaran buat mereka yang bakal diamanahkan menjadi pemimpin nanti. Jangan biarkan Malaysia kembali dijajah lagi! Jangan jadikan fahaman politik sebagai punca perpecahan Melayu. Kami rakyat mahu pertolongan kerajaan yang dipilih. Biar siapa pun yang dipilih, UMNO atau pembangkang, Tolong...Tolong...Tolong...Tolong kami rakyat tidak mahu dijajah lagi!

Bangga dengan Cara Tun Dr Mahathir Mohamad

Tun M? Siapa tidak kenal? Dialah yang disanjung dan dialah orang yang paling hina serta dicaci oleh kaumnya sendiri. Tetapi sedarkah kita, dengan apa yang dikatakan dan apa yang dilakukan oleh Tun M nyata ada benarnya terutamanya dalam mempertahankan identiti Melayu itu sendiri. Memang benar Tun M 'orang biru' tetapi dalam tidak sedar, kita mungkin lupa dengan caranya yang diterapkan sepanjang bergelar Perdana Menteri. Selepas Kelantan berada dibawah kepimpinan PAS sejak 1992, seharusnya ia menjadi satu cabaran buat UMNO untuk merampas kembali tampuh pemerintahan di negeri Che Siti Wan Kembang itu. Bagaimanapun, jika saya tidak salah, tumpuan atau asakan kepada PAS Kelantan tidak sehebat sekarang. Kenapa? Kenapa? Inilah bijaknya Tun M kerana mungkin dia tidak menyifatkan PAS Kelantan buat satu ancaman buat Melayu kerana turut diperintah oleh Melayu sebaliknya Tun M Lebih menjurus kepada memikirkan cara terbaik untuk Melayu kembali menerajui tampuk kepimpinan di negeri yang majoriti bukan Melayu kerana Malaysia itu sendiri adalah milik mutlak Melayu. Tanah Melayu = Malaysia =Tanah Melayu! Itu sudah jelas.

Ada logiknya

Baru-baru ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ada mengatakan hak keistimewaan Melayu perlu dihapuskan? Mungkin jika baru mendengar hal ini ia akan menghadirkan rasa marah dikalangan orang Melayu. Ya memang saya sendiri mengakui ada rasa marah terhadap Rafizi kerana sanggup membelakang hak orang Melayu. Tetapi pernahkah kita terfikir kenapa dan bagaimana idea itu boleh terlintas di fikiran Rafizi? Macam mana pula kalau ada orang Melayu boleh mengiyakan dan menjadi 'Pak Turut' terhadap perkara ini? Bagaimana individu kaya di Malaysia terdiri daripada orang bukan Melayu? Memang benar perkara ini ada baik dan buruknya. Buruknya, ia boleh mematikan orang Melayu itu sendiri. Baiknya, ia boleh menghilangkan sikap kebergantungan orang Melayu terhadap bantuan daripada kerajaan. Apa pun yang yang pernah dilontarkan oleh 'orang politik', cuba kita ambil terlebih dulu dan buat penelitian dan renungkan secara positif. Jika tidak betul, tolak, jika benar dan boleh membantu, ambil dan sematkan dalam diri. Disini, saya tidak mahu bersangka buruk dan boleh menghadirkan api perbalahan sesama sendiri. Kenapa Cina boleh berjaya tanpa ada hak keistimewaan? Sekali lagi ia berhubung kait dengan sikap orang Cina yang mahu ambil setiap peluang terhidang untuk memajukan diri sendiri ke arah kemajuan. Soal kroni dan perkara seangkatan dengannya tolak ketepi. Daripada sini mungkin ia boleh menghilangkan sikap kurang yakin dikalangan orang Melayu dan kebergantungan kepada bantuan kerajaan sebaliknya cuba sedaya upaya memajukan diri hasil titik peluh sendiri. Daripada situ, mungkin akan hadir daya saing dikalangan orang Melayu. Itulah positifnya!

P/S: Ini hanya sekadar nukilan peribadi tanpa mahu menjurus kepada mana-mana pihak. Setiap orang ada pandangannya sendiri dan berhak mengutarakan pendangan masing-masing. Tidak suka dengan pandangan ini, sila abaikan!

PEACE!!!!

No comments:

Post a Comment