Sunday, November 11, 2012

Perjalanan sejauh 2 tahun 171 hari

Hari ini (12.11.2012) genap dua tahun 171 hari aku terbabit dalam dunia kewartawanan selepas memulakan karier sebagai wartawan sambilan (stringer) di Harian Metro biro Kota Bharu, Kelantan. tepat kata orang, tak kenal maka tak cinta. Pada mula iaitu hari pertama aku sebagai 'penulis' cukup memeritkan namun apa yang diraih daripada 'orang lama' atau senangnya senior cukup untuk memenuhi satu hasrat kecil bagi membolehkan aku terus bergiat aktif dalam dunia kewartawanan. kira-kira 10 bulan aku dalam dunia ini, tergerak hati untuk menghadiri satu sesi interview bagi membolehkan aku menyertai skim kewartawanan (PETS17) Harian Metro sebelum diserapkan sebagai staff. Tetapi mungkin itu bukan rezeki aku apabila aku tidak terpilih untuk menyertainya sehingga timbul satu rasa putus asa. Namun atas galakan daripada senior juga aku sekali lagi mencuba untuk menghadiri satu lagi sesi interview untuk PETS17 Berita Harian dan kali ini nasib lebih menyebelahi kau selepas terpilih mengikuti kursu ini. Tiba di Kuala Lumpur lebih kurang bulan April 2010, aku seperti masih belum percaya terpilih untuk menyertai skim PETS ini dan selepas hampir tiga bulan mengikuti latihan itu, tuah sekali lagi berpihak kepada aku apabila langsung ditempatkan di Meja Sukan (meja yang aku idamkan). Daripada situ, semua 'ikon' wartawan yang sebelum ini aku hanya mampu untuk lihat dalam kaca televisyen sudah berada di depan mata. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, tahun setahun berlalu danhasil pembelajaran dalam setiap tugasan yang diamanahkan aku  kemudiannya aku diarahkan untuk membuat liputan bagi Sukan Malaysia (SUKMA) di Kuantan, Pahang. Tetapi itu tidak hadir dengan mudah ketana pada awalnya aku tidak tersenarai antara wartawan yang akan ke Pahang sehingga timbul rasa kecewa kerana keinginan untuk mepelajari sesuatu perkara baru tidak kesampaian. Sekali lagi aku bertuah kerana nama aku dipilih semula untuk membuat liputan SUKMA yang semangat membara kian membuak-buak. Walaupun masih mentah dan kurang pengalaman membuat liputan pada kejohanan multisports dan bantuan daripada rakan wartawan lain, aku akhirnya berjaya menyelesaikan tugasa selama dua minggu yang sepatutnya. Ia secara tidak langsung kembali mengimbau kenangan aku ketika berlajar di IKIP dan pesanan penyarah yang kehidupan seorang pekerja lebih rumit daripada kehidupan seorang pelajar. Masa terus berlalu dan satu lumrah kehidupan yang baru aku dapat pelajari apabila terpaksa bekerja ketika umum perayaan dan cuti umum sehingga diarahkan 'recall' dan bekerja selama sebulan secara berterusan tanpa ada offday. Disebalik itu, walaupun akur dengan rasa letih tetapi aku terus gagahkan diri untuk memenuhi segala tuntutan terhadap aku sebagai seorang wartawan amalah apa yang lebih mengembirakan aku apabila dimaklumkan oleh BOSS untuk mengikuti dan membuat liputan Sukan Universiti ASEAN yang bakal berlangsung di Vientiane, Laos. Ini secara tidak langsung terus menghadirkan semangat membara dalam karier aku kerana ini menjadi tugasan luar negara yang pertama aku dipertanggungjawabkan. Semangat terus bersemangat dan kini akau hanya mengira detik untuk berlepas ke kejohanan peringkat universiti terbesar di rantau Asia Tenggara yang dijangka berlangsung pada 10 hingga 23 Disember depan. Apa yang pasti, ini peluang aku untuk buktikan yang aku juga mampu untuk membuat tugasan yang diarahkan dengan baik Yang jelas aku kian EXCITED!!!!!! Tetapi semua ini tidak akan mampu dicapai sekiranya tanpa bantuan daripada pihak lain terutamanya penyarah yang dulu sanggup menahan marah setiap kali berhadapan dengan karenah perangai budak lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti aku....Thanks a lots to Madam Zimah, Madam Nora, Sir Ezuan, Sir Pirdaus dan semua insan bergelar pensyarah di IKIP. Jasamu tidak mungkin dapat kulupakan kerana tanpa jasa dan ilmu dari kalian semua, aku pasti tidak akan berada di tahap ini....:)